Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..
Pendakwah
terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat laporan polis
terhadap aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi dan selebriti tanah air,
Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar
diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru
ini.
Mohd.
Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut
membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Selain beliau katanya, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu bapa pelajar.
“Saya
mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan
diri saya disebabkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat
disifatkan itu adalah saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas
membuat laporan polis tersebut.
Pada
masa sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen yang menulis komen di
Facebook mereka supaya berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati
dalam isu tersebut.
Terdahulu,
Mohd. Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang
cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan
menyebarkan fitnah di laman sosial.
Menurutnya,
sebagai seorang penceramah bebas, beliau sememangnya sentiasa
dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak
lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di
sekolah itu.
“Saya
melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja
tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej
penceramah agama.
“Jika
melihat ada kecenderungan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak
diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama
kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di
seluruh negara.
“Saya
akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil
tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya
sendiri,” katanya.

No comments:
Post a Comment